Translate

Thursday, August 11, 2011

Hari ke 4 Ramadhan

Cepat nyer masa berlalu, dah hari ke 4 dah and I got lazyyyy...macam biasa ada mood rajin ..u can see by the many dishes on the table and on lazy days..the dishes sikit and mostly bought..**sigh**

Today's menu - pejal, keropok goreng (again??? ewwwhh), sotong goreng tepong , daging masak kicap?..entah dah lupa laks..ni ari berjalan p Tesco Mutiara Damansara, p jalan Ikea..balik dah penats tu ler jadi sasau nihh..apa pon dah beli karipap Ikea 2 dozen haa...bolih abis ka tuu?? 1/2 dozen bagi sekuriti kat depan tu..cian dia orang berbuka posa..apa pun..I bangun sahur abis dah semua d makan..


Owhhh try buat pudding pelangi tup2 camner entah jadi pudding cokolat lakkk...hehehe apa pun rasa nyer sedap and berlemak sesangat. My daughter suka sangat makan dia..resepi u kata..haaa nanti kena tengok senarai resepi mana yg I pakai..

Hari ke 3 Ramadhan


Laaa duk tengok balik gambaq2 for hidangan hari ketiga ruper nyer x ber-ambil gambaq la pulaksss :(

Ada gambaq cucoq badak and kerabu taugeh dengan kacang botol berkerang ni saja :(
Menu hari ke 3 ni sepatutnya ada asam pedas ikan sardin ( lain kali jangan buat..ikan sardin banyak tulang la pulaks..rasa sedap la tapi) , kerabu taugeh dengan kacang botol berkerang, keropok goreng, ikan bawal hitam goreng, ulam dan sambai belacan.
For dessert I buat jelly mango with lychee and savory dessert ni cucoq badak lah.



Hari Ke 2 Ramadhan


Ni haaa hari kedua Ramadhan..tengok tu memacam di masak hari ni..mesti hari rajin nihhh :)
Kesian semua anak2 berpuasa dan hati ku teringat yang di hostel jugak..apa laa depa2 makan. Anak yang pompuan kat SMT Gombak, sian dia kata dia..semua lauk dan nasi dh siap d hidangkan jam 6 petang..imagine nak makan jam 730 mlm..apa laa rasa berbuka dengan hidangan sejuk...uhmmm..I make it up to them on weekends lah nampak gaya nyer.


Ni Udang celop tepung I, entah apa jadi rupa dia pulaks but taste sedap and rangup. I ambik resepi dari blog..tapi dah x jumap lak resepi nyer and dari blog sapa :( ( nanti I try to cari dalam kertas resepi I)

Yang ni lak Daging bakar dan air asam siam...haaa ni mengingat zaman2 kecik2 dulu lah niii..I selalu tengok arwah mak memerap daging ni....( tengok saja yerr x buat apa2 hehehe)

Arwah mak buat marinade dia macam buat satay tuu..I pon main campak2 jer x ingat betui2 sangat depending on berapa berat lah daging tu..resepi nya (agak2 jer lah)

Bahan-bahan:
Daging - batang pinang laa yang best, kalau dapat
Bawang merah
Bawang putih
Jintan manis (ni I always confuse myself between the two jintans)
Serbuk kunyit
Garam and gula secukup nyer

Blender semua bawang and jintan manis tu, campor serbuk kunyit, garam and gula lepas tu perap lah at least sejam..lagi lama lagi sedap lah.. atu I bakar in the oven for about an hour on 200 C lepaih tu panggang lak about +- 10-15 minutes bagi dia cam bau terbakaq sikit..atu dah rehat kan sekejap daging tu. Potong lah dan cicah dengan air asam..yum yum..
Resepi air asam thai ni I ambik dari buku, Hidangan Kegemaran dari Dapur Tunku..sedap sangat lah..

Bahan -bahan

15 tangjkai cili kering
6 ulas bawang putih, dikupas dan di potong menyerong
10 gm asam jawa yang di ramas dengan 50 ml air dan di tapis airnya
garam dan gula secukup rasa
30 ml kicap
30 ml minyak masak

Panaskan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing, angkat dan biar sejuk.
Dengan minyak sama, goreng bawang putih sehingga keperang- perangan, angkat dan biarkan sejuk.
Tumbuk cili kering dan bawang putih goreng yang dah sejuk sampai lumat.
Bancuh garam, air asam jawa, gula dan kicap pekat dengan bahan2 yang d tumbuk tadi.
Tabur sikit hirisan cili hijau dan cili merah sebagai hiasan..(ni ikut suka lah ya..I x boh pon)

Kari ikan genahak nii...saya orang Kedah so gulai laaa kena pecah minyak atau berlenang minyak baru laaa gulai tu nampak sedap..bolih lah pakai resepi kat sini
Ni pulak sayur chap chai my style...depending apa ada dalam fridge masa ni..with soohoon and pucuk..sedap jugak for a change..

Lastly for dessert, I buat tepong pelita, xde lak gambaq dia :( sebab dia duk dalam fridge bagi sejok la konon nyer..langsung lupa ...and this is the savory dessert Cheesy Beef Bingka..haaa ni a "must try" sedap sangat..but even for a large family, dengan juadah yg jenuh tu.., rasa nyer klu nak buat lagi kena buat setengah resepi..dia padat dan mengenyangkan..selepas mengadap nasi nak makan ni dah x larat, or sebalik nyer..tima kasih kepada blog Noreen-Homecooking.blogspot.com untuk resepi ni...ni I copy and paste saja lah dari my private collections of resepi.

Cheesy Beef Bingka/Bingka Daging berlauk

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
250gm tepung gandum
600ml santan
100gm mentega cair
5 biji telur
1 camt garam

Bahan2 B:
200gm daging cincang - kalau nak guna ayam pun boleh ikut suka masing2
1 camt jintan putih
1 camt serbuk lada sulah
secubit garam
sedikit oregano

Bahan2 C:
100ml santan
50gm keju cheddar parut
1 camt tepung gandum

Bahan2 hiasan:
5 batang cili merah - dihiris
daun bawang dan daun sup - dihiris
bawang goreng

cara:

1. alaskan loyang saiz 9"x9" dengan aluminium foil dan sapukan dengan sedikit mentega. ketepikan

2. Bahan2 B: kisarkan jintan putih bersama2 dengan serbuk lada putih sehingga halus. kemudian panaskan kuali, tumiskan bahan2 kisar dan masukkan daging cincang bersama2 dengan garam dan oregano. kacau sehingga daging bertukar warna tetapi jangan sampai terlalu kering nanti bila bakar tak cantik. biar berminyak sedikit. ketepikan

3. Bahan2 A: masukkan kesemua bahan2 A ke dalam blender dan kisarkan sehingga sebati. kemudian tapiskan ke dalam mangkuk tahan panas. masak di atas api yang sederhana sehingga naik wap. proses ini hendaklah sentiasa dikacau supaya adunan tidak menjadi keras. tutupkan api

4. cara membakar: tuangkan Bahan2 A tadi ke dalam loyang dan taburkan separuh Bahan2 B ke atas Bahan2 A dan bakar pada suhu 180C selama 30 min atau sehingga masak

5. sementara menunggu bingka masak bolehlah di sediakan bahan2 C

6. Bahan2 C: masukkan kesemua bahan2 C ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau sehingga ianya sebati dan pekat. matikan api dan ketepikan

7. setelah bingka tadi masak bolehlah di tuang dan ratakan bahan2 C tadi ke atas bingka dan taburkan lagi separuh bahan2 B. akhir sekali taburkan bahan2 hiasan dan bakar lagi selama 5-10 min

8. setelah masak bolehlah dikeluarkan dari oven

9. potong dan hidangkan panas2

source: rashidah (telah diubah sedikit)

Hari kedua dah pon berlalu...

1st Ramadhan

Ni dah 12 hari berpuasa baru dapat masa nak meng - update kan blog hehehe..sibuk duk p nganga orang lain punya blog cari inspirasi nak masak untuk berbuka posa. Kita2 ni anak ramai so kena lah mencari ilham supaya menarik perhatian anak2 untuk makan. Lagi pon nak beli sure la tak puas makan ( mama dia x puas makan hehehe)

Ni I buat Thai Style Hainanese Chicken Rice akak Nasi Ayam Thai..a favorite amongst us..kita kan suka makan nasi, ayam , soup and dia punya kuah ni ..lain pada yg lain..nak try cuba klik resepi kat sini dan sos suka ramai tu pon resepi nyer sekali..memang berbaloi - baloi.

I buat apam gula hangus dalam cawan lompang kecik2 tu..and I think I kukus a bit too cepat sangat..dah x sempat nak buka posa dah n dia macam kaki kudung...kepala cantik but xde kaki..macam lak buat macaroons i masa awai2 dulu...uhmmm tapi rasa tu sedap laa..( puji diri pulaaaakkk) anyway, I copy resepi dari sapa nyr blog x tau..laa minta maaf selalu copy and paste kat my private collections, lupa bab tag dari blog sapa :(..terima kasih lah kepada si tuan blog, Rina ..ni pon I copy and paste aja lah ..

Bahan-bahan :

* 1 cawan gula - jadikan gula hangus , dh cair gula, masuk 1 cawan air panas - sikit2 ( hati2 yer ), biar gula mencair, pastu tutup api, masuk 1 cawan majerin atau mentega, biarkan cair - biarkan bancuhan ni sejuk
* 1 1/2 cawan gula
* 3 biji telur
* 3 cawan tepung gandum
* 2/3 cawan susu cair atau santan (I pakai susu)
* 1 sudu besar soda bicarbonate.

Cara-cara

1. blender gula bersama telur sampai gula hancur n telur berbuih.
2. masukkan sodabicarbonate n blend skjp jer...
3. masukkan gula hangus bercampur majerin/butter tadi n blend lagi, kjp jer hgga sebati
4. tuang adunan yg diblend tadi kedalam mangkuk,campurkan tepung,gaul rata.
masukkn susu n kacau hingga sebati dengan whisk..
5. panas kan air dalam pengukus.sementara tu sapu majerin dalam acuan.( saya guna acuan lompang )
masukkan adunan hingga 3/4 acuan (ia sangat mengembang)
bila air kukusan mendidih kukuslah apam selama 30 minit atau bila tgk adunan dh coklat gelap keseluruhannya.
Klu belum masak, kuih tu mcm 2 kolor, atas kolor coklat gelap, bwh color coklat cair...
6. boleh juga dimakan bersama kelapa parut bercampur garam.

Karipap tu pulak buat sendiri jer lah ..main masuk jer tepong, butter and air..nak buat karipap pusing mola nyer but alahhh bila naik angin malas..pusing pon dh p kemana. Inti daging ni rasa nyer..

Hah...the end of hari pertama nyer cooking..... :)

psssttt...ada terselit kat situ, klu nampak lah, serimuka doyan, I oda dari dia..sedap sangattt...




Saturday, July 23, 2011

Dadih


Dadih reminds me of my younger days..we used to buy them, those days they are sold by a pedlar on a motorbike that comes round at night going..honk..honk..honk..excited to hear the honking, I would rush to open the door and called out to the pedlar. uhmmm yum yumm dadih was sold in a small bowl, which is returnable tomorrow when the pedlar will come round to collect..(no disposable containers then hehehe).
Now Dadih is sold in the above containers and it has to be pre ordered..uhmmm it is made with the buffalo milk and the milk is heated up with a kind of tree bark that help the milk to set.
I really do not know where to get them any more except in my hometown of Alor Star, Kedah...the real taste of Dadih..

More of my roses







PANDAN COCONUT CAKE

Ohhh best nyer cake ni...anak2 dah serbu cake ni..sekali duk dah abis 3/4 cake..ada yang minta buat siaran ulangan esok..entah laaa..

Terima kasih ni copy and paste dari blog HomeKreation.blogspot.com...tuan punya blog mohon ampun ..

INGREDIENTS:

270g Butter

230g Castor Sugar

5 Eggs

60ml Coconut Cream

1 tbsp Coconut Paste

240g Cake Flour*

½ tsp Baking Powder* (*sifted together)

30g Desicated Coconut


METHOD:

1. Preheat oven 180C and grease 8 inch square tin. Saya pakai 9 inch round cake tin.

2. Beat butter & sugar until white & fluffy.

Add in egg one by one while beating.

Add in coconut cream & pandan paste.

Add in flour gradually followed by desicated coconut.

Sprinkle topping and bake for 40 minutes or until cooked.

3. To make topping (I skipped this step), beat 40g butter & 35g icing sugar & add 55g desicated coconut.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails