Ni haaa hari kedua Ramadhan..tengok tu memacam di masak hari ni..mesti hari rajin nihhh :)
Kesian semua anak2 berpuasa dan hati ku teringat yang di hostel jugak..apa laa depa2 makan. Anak yang pompuan kat SMT Gombak, sian dia kata dia..semua lauk dan nasi dh siap d hidangkan jam 6 petang..imagine nak makan jam 730 mlm..apa laa rasa berbuka dengan hidangan sejuk...uhmmm..I make it up to them on weekends lah nampak gaya nyer.
Ni Udang celop tepung I, entah apa jadi rupa dia pulaks but taste sedap and rangup. I ambik resepi dari blog..tapi dah x jumap lak resepi nyer and dari blog sapa :( ( nanti I try to cari dalam kertas resepi I)
Yang ni lak Daging bakar dan air asam siam...haaa ni mengingat zaman2 kecik2 dulu lah niii..I selalu tengok arwah mak memerap daging ni....( tengok saja yerr x buat apa2 hehehe)
Arwah mak buat marinade dia macam buat satay tuu..I pon main campak2 jer x ingat betui2 sangat depending on berapa berat lah daging tu..resepi nya (agak2 jer lah)
Bahan-bahan:
Daging - batang pinang laa yang best, kalau dapat
Bawang merah
Bawang putih
Jintan manis (ni I always confuse myself between the two jintans)
Serbuk kunyit
Garam and gula secukup nyer
Blender semua bawang and jintan manis tu, campor serbuk kunyit, garam and gula lepas tu perap lah at least sejam..lagi lama lagi sedap lah.. atu I bakar in the oven for about an hour on 200 C lepaih tu panggang lak about +- 10-15 minutes bagi dia cam bau terbakaq sikit..atu dah rehat kan sekejap daging tu. Potong lah dan cicah dengan air asam..yum yum..
Resepi air asam thai ni I ambik dari buku, Hidangan Kegemaran dari Dapur Tunku..sedap sangat lah..
Bahan -bahan
15 tangjkai cili kering
6 ulas bawang putih, dikupas dan di potong menyerong
10 gm asam jawa yang di ramas dengan 50 ml air dan di tapis airnya
garam dan gula secukup rasa
30 ml kicap
30 ml minyak masak
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing, angkat dan biar sejuk.
Dengan minyak sama, goreng bawang putih sehingga keperang- perangan, angkat dan biarkan sejuk.
Tumbuk cili kering dan bawang putih goreng yang dah sejuk sampai lumat.
Bancuh garam, air asam jawa, gula dan kicap pekat dengan bahan2 yang d tumbuk tadi.
Tabur sikit hirisan cili hijau dan cili merah sebagai hiasan..(ni ikut suka lah ya..I x boh pon)
Kari ikan genahak nii...saya orang Kedah so gulai laaa kena pecah minyak atau berlenang minyak baru laaa gulai tu nampak sedap..bolih lah pakai resepi kat sini
Ni pulak sayur chap chai my style...depending apa ada dalam fridge masa ni..with soohoon and pucuk..sedap jugak for a change..
Lastly for dessert, I buat tepong pelita, xde lak gambaq dia :( sebab dia duk dalam fridge bagi sejok la konon nyer..langsung lupa ...and this is the savory dessert Cheesy Beef Bingka..haaa ni a "must try" sedap sangat..but even for a large family, dengan juadah yg jenuh tu.., rasa nyer klu nak buat lagi kena buat setengah resepi..dia padat dan mengenyangkan..selepas mengadap nasi nak makan ni dah x larat, or sebalik nyer..tima kasih kepada blog Noreen-Homecooking.blogspot.com untuk resepi ni...ni I copy and paste saja lah dari my private collections of resepi.
Cheesy Beef Bingka/Bingka Daging berlauk
Bahan-bahan:
Bahan2 A:
250gm tepung gandum
600ml santan
100gm mentega cair
5 biji telur
1 camt garam
Bahan2 B:
200gm daging cincang - kalau nak guna ayam pun boleh ikut suka masing2
1 camt jintan putih
1 camt serbuk lada sulah
secubit garam
sedikit oregano
Bahan2 C:
100ml santan
50gm keju cheddar parut
1 camt tepung gandum
Bahan2 hiasan:
5 batang cili merah - dihiris
daun bawang dan daun sup - dihiris
bawang goreng
cara:
1. alaskan loyang saiz 9"x9" dengan aluminium foil dan sapukan dengan sedikit mentega. ketepikan
2. Bahan2 B: kisarkan jintan putih bersama2 dengan serbuk lada putih sehingga halus. kemudian panaskan kuali, tumiskan bahan2 kisar dan masukkan daging cincang bersama2 dengan garam dan oregano. kacau sehingga daging bertukar warna tetapi jangan sampai terlalu kering nanti bila bakar tak cantik. biar berminyak sedikit. ketepikan
3. Bahan2 A: masukkan kesemua bahan2 A ke dalam blender dan kisarkan sehingga sebati. kemudian tapiskan ke dalam mangkuk tahan panas. masak di atas api yang sederhana sehingga naik wap. proses ini hendaklah sentiasa dikacau supaya adunan tidak menjadi keras. tutupkan api
4. cara membakar: tuangkan Bahan2 A tadi ke dalam loyang dan taburkan separuh Bahan2 B ke atas Bahan2 A dan bakar pada suhu 180C selama 30 min atau sehingga masak
5. sementara menunggu bingka masak bolehlah di sediakan bahan2 C
6. Bahan2 C: masukkan kesemua bahan2 C ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau sehingga ianya sebati dan pekat. matikan api dan ketepikan
7. setelah bingka tadi masak bolehlah di tuang dan ratakan bahan2 C tadi ke atas bingka dan taburkan lagi separuh bahan2 B. akhir sekali taburkan bahan2 hiasan dan bakar lagi selama 5-10 min
8. setelah masak bolehlah dikeluarkan dari oven
9. potong dan hidangkan panas2
source: rashidah (telah diubah sedikit)
Hari kedua dah pon berlalu...
No comments:
Post a Comment