Translate

Tuesday, October 21, 2014

TUTORIAL BUAT STOKING


Nak simpan tutorial buat stoking on my blog..thanks to sewnsell . Tutorialnya disini

Sunday, September 14, 2014

Sunday, July 13, 2014

JELLY PUDDING SUSU

Salam semua yang teringin nak ngap pudding ni...di bawah ni resepi asal but klu ikot my tekak the pudding is very bland :(..ruper memang cantik tpi rasa kurang..mungkin kena add perasa. Ini pun I dh tambah 1/2 cawan fruit cocktail or mungkin x cukup manis...anyway, klu ada yg rajin R & D lagi bolih lah cuba and let me know.
 
Bahan Puding Susu:
1 bungkus agar-agar plain - 8 gm
120 gram gula pasir - sesuai rasa
4 cawan susu cair
1/2 cawan air

Bahan Jelly:
1 bungkus jelly serbuk Konnyaku
200 gm gula pasir
1000 ml air
pewarna hijau, oren, ungu dan biru

Cara-cara :

1. Sediakan acuan yang sesuai dan basahkan sedikit dengan air dan ketepikan.

2. Masak jelly serbuk seperti yang disaran dalam bungkusan dan kacau sehingga mendidih. Bahagikan kepada 4 bahagian dan letak pewarna yang digemari. Biarkan sejuk dan dipotong kiub, ketepikan.

3. Masak pula puding susu dengan api sederhana dan kacau sentiasa sehingga mendidih. Angkat.

4. Letak sebahagian potongan jelly kiub didalam acuan, sendukkan perlahan-lahan adunan puding susu diatasnya, biarkan sekejap hingga permukaan puding susu berkulit sedikit.

5. Letak lagi potongan jelly di atas puding susu dan tuangkan perlahan-lahan lagi puding susu dan ulang proses tersebut sehingga adunan puding susu yang terakhir menutupi keseluruhan jelly. Tunggu hingga pudding suam sebelum dimasukkan dalam peti sejuk. Hidangkan ketika dingin.

Saturday, July 12, 2014

UDANG GORENG NESTUM


Ni resipe tersendiri but based on resepi I tengok kat TV or FB x ingat dah..dulu2 beli yang siap mix dan masak but ni buat sendiri arr..

500 gm Udang ikut size apa u suka
250 gm nestum or lebih kalu suka
5-6 biji cili padi di hiris halus2
setangkai daun kari
4 ulas bawang putih, di cincang
2 sudu besar mentega
daun ketumbar for deco
Garam dan gula secukupnya
  Minyak utk menggoreng
*** ( extra 3 kuning telur di goreng asing dan dimasukkan klu suka)

 Caranya:

1. Udang di bersihkan dan dilumurkan garam. Goreng dan letak sebelah.
2. Panaskan minyak sikit dengan mentega dan tumis bawang putih.
3. Masukkan daun kari dan cili padi kacau sekejap;
4. Masukkan nestum dan kacau cepat2 nanti dia hangit;
5. Masukkan udang, garam and gula and perasa jika suka dan kacau cepat2;
6. Masukkan telur yg digoreng tadi dan angkat;
7. Hidangkan dan tabur daun ketumbar.


Thursday, July 10, 2014

CARAMEL CHEESE PUDDING


Assalamualaikum semua...
Selamat berpuasa ..kita dah masuk ari ke 12 dah sekarang. Teramat cepat masa berlalu. 
Ni first time cuba resepi Cik Nor, Blog Masam Manis..Original resepi dari Yani dan My Resepi.I copy and paste ajer resepi dan buat sedikit perubahan nak habiskan cream cheese yang ada.


Bahan-bahan

[ Karamel ]
70g gula /90 gm gula
2 sudu kecil air/ 3 tsp air
2 sudu besar air suam/ 3 tbsp warm water

[ Puding ]
180g cream cheese/250 gm cream cheese
70g gula pasir/90 gm gula
1 biji telur kuning
3 biji telur/ 4 eggs
450g susu segar/ 625 gm milk
1 sudu besar jus lemon/ x pakai but use vanilla essence
7 inci pan

Cara-cara
Sediakan karamel : Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam.
Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai. Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati.
Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang) .
Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian tuang ke dalam no.2 tadi. Kacau sekata.
Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
Sejukkan sebelum dihidang.

Thursday, June 26, 2014

DOUGHNUTS


Assalamualaikum semua...maaf saya x rekod sapa saya copy and paste resipi ni but rasa nya dri group FB Resepi Makanan.

Di bawah adalah resepi doughnut ni yang nampak senang sangat dan really cepat naik lenbut and gebu walaupun saya pakai tepung roti instead of tepung gandum biasa.
500g t/gandum
11g mauripan
2sdb planta@marjerin
2sdb susu tepung
1sdb gula
secubit garam


gaul semua bhn kt atas, saya pakai mixer with dough kneader.
bncuh dgn air suam kuku..
uli smpi doh x melekat dtgn…
biar kan doh naik br bntukkn…
then biar kn naik skjp blh goreng…

gaul gula n siap untuk dmakan…

SELAMAT MENCUBA

Thursday, June 12, 2014

POKOK BUAH2AN YANG MENGINGATKAN ZAMAN MUDA2 DULU


Buah Bidara


Buah Janggus/ Gajus




Jambu Bola


Jambu Air


Jambu Wangi


Jambu Air family


Jambu Air family


Buah Jentit




Buah Randa/ Keranda


Buah Nam Nam



Buah Gelinggai


Buah Cermai




Buah Serendak


Buah Rambai


Buah Keriang Dot

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails