Translate

Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Friday, October 19, 2012

Mee Hoon Soup Kedah - My Version


Khas untuk anak2 ku tersayang and family...yang suka makan Mee Hoon Sup Kedah kita....Yan Nazilla ..klu u x minta memang I x pen down the resepi...hehehe..ni reepi for my family of 13 . Sorry for now xde lak gambaq..kena cari dulu yaaa...Mee Hoon Soup Kedah I ni di hidangkan every year for Raya sejak beberapa tahun yg lepas..

Mee Hoon Sup ni ada 4 parts

A. Supnya

    20 ulas bawang merah** 
    6 ulas bawang putih**
    3 inci halia - d potong bulat2 
    1/2 inci lengkuas - d potong bulat2
    1 tsp lada hitam** ( nk ada zingggg tu tambah la skit)
    Tulang lembu yg ada isi bukan tulang..(klu ada)
    Daging 3kg or more
    2 cube stok lembu
Garam secukupnya
    Minyak untuk menumis
  
     ** blender yg bertanda **
   
1.  Rebus tulang dan daging hingga lembut dan ketepikan;
2.  Tumis semua bahan diblender, biar sampai kuning dan wangi, masuk kan air sikit;
3. Didihkan sekejap masukkan potongan halia dan lengkuas;
4. Masukkan  air rebusan daging tadi bersama stok lembu dan didihkan, klu nk lebih kuah tambah air panas secukupnya;
5. Apabila dah didih masukkan garam secukupnya..
6. Siap.

P/S: sup dia is clear soup ya...

B. Bihun nya

2-3 paket bihun kering yang di rendam dengan 2 sk serbuk kunyit selama 1 jam atau lebih. Bihun akan jadi kuning.

1. Rebus air hingga menggelegak dan celor kan bihun .
2. Angkat dan toskan.
3. Siap

C. Bahan2 lain

Bawang goreng
Daun bawang di potong kecik2
Daun saderi di potong kecik2
Daging yg telah direbus tadi di siat2 halus
Sayur asin yang di beli siap potong kecik atau klu x dapat beli yg di potong kasar2 tu dan balik ptong kecik2. Yg ni mustahak xde bukan Mee Hoon Sup Kedah.

D. Sambalnya..

Ini pon mustahak..xde memang ler x sedap langsung.and bukan Mee Hoon Sup Kedah.

Serbuk cili kering yang halus..bukan yg makan dgn pizza tuu..
Bawang putih - di dadukan
Gula dan garam secukupnya.
Minyak untuk menumis

1. Tumis bawang putih hingga kekuningan
2. Campurkan cili erbuk dengan edikit air panas so jadi paste;
. 3. Tuangkan paste cili ke kuali dan goreng hingga cili tu masak;
4. Masukkan garam dan gula secukupnya ( tambah lebih sikit gula jika x mau pedas sangat)..
5. Angkat bila sambal tu dah gelap sikit.
6. Siap.

Selamat mencuba...nampak cam susah ..sebenaq nya senang ajaaa...




Wednesday, August 29, 2012

DENDENG


This recipe is from CMG..so tima kasih atas resepi yang sedap ni..saya copy dan pate dari blog kawan yang also copy and paste dari CMG.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging pejal (mat guna daging batang pinang)
1 kg bawang merah,(mat guna 500 gm je)( the more the better and sweeter will the gravy b)
20 - 25 tangkai cili kering*
20 biji bawang merah*(*dikisar)
1 cawan gula melaka
1/4 cawan jus asam jawa pekat
3 camca besar kicap pekat manis ( add more if u want it darker)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
Daging dipotong besar, rebus hingga lembut, toskan dan hiris nipis. Tumbuk setiap hirisan daging sampai leper. Buat hingga siap. (mat letak 1 inci halia, dititik dan 4 ulas bawang putih, diketuk semasa merebus daging). Ketepikan.( I pound just a little so that it breaks but not flattened)
Bawang merah tadi dihiris dan dibuat bawang goreng. Angkat dan toskan. 
Dalam minyak bawang goreng tadi, goreng daging yang telah ditumbuk tadi hingga keemasan. Buat hingga siap, angkat dan toskan.
( I just fry but not too long..)
Tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan minyak masak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan gula melaka, jus asam jawa, garam dan kicap. Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga terbit minyak.
Rasa dan tambah apa yg perlu. 
Masukkan daging tadi, gaul rata, tambah bawang goreng, kacau hingga mesra dan matikan api.
 Boleh hidangkan bersama makanan kegemaran...

Saturday, August 11, 2012

BUKA PUASA 10.8.2012


Friday is here again and Alya is back from Uni so I made something special for the family and I am also very rajin today....hehehe we were racing against time, me and my maid..all the time..

Menu for today:
a) Thai crab curry with pineapple;
b)Thai glass noodle salad;
c) Fried chicken for the kids and adults as well;
d) Deep fried suff taufu;
e) Daging bakaq;
f) Air Asam;
g) Honey dew sago dessert









Wednesday, August 1, 2012

BUKA PUASA 30.7.2012

Monday 30th July - 10th day puasa...
Today my bebuka menu is somewhat full and quite coordinated as below:

a) Daging masak kicap;
b) Mix vegetable;
c) Masak lemak rebung and udang;
d) Deep fried straw mushroom wiht eggs;
e) Tempe and tauhu;
f) Fried fish;
g) Watermelon;
h) Mini Greek pizza;
i) Mixed fruits in jelly and custard 










Thursday, August 11, 2011

Hari ke 4 Ramadhan

Cepat nyer masa berlalu, dah hari ke 4 dah and I got lazyyyy...macam biasa ada mood rajin ..u can see by the many dishes on the table and on lazy days..the dishes sikit and mostly bought..**sigh**

Today's menu - pejal, keropok goreng (again??? ewwwhh), sotong goreng tepong , daging masak kicap?..entah dah lupa laks..ni ari berjalan p Tesco Mutiara Damansara, p jalan Ikea..balik dah penats tu ler jadi sasau nihh..apa pon dah beli karipap Ikea 2 dozen haa...bolih abis ka tuu?? 1/2 dozen bagi sekuriti kat depan tu..cian dia orang berbuka posa..apa pun..I bangun sahur abis dah semua d makan..


Owhhh try buat pudding pelangi tup2 camner entah jadi pudding cokolat lakkk...hehehe apa pun rasa nyer sedap and berlemak sesangat. My daughter suka sangat makan dia..resepi u kata..haaa nanti kena tengok senarai resepi mana yg I pakai..

Sunday, March 14, 2010

Masala Kambing



I copied from someone's blog..but I have forgotten who.. whoever it is thanks for the recipe..sungguh lah sedap..

come on give it a try..


Bahan-bahannya :-

1kg daging kambing (dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana besar...gaul ngan 1 sk serbuk kunyit dan sedikit garam...rebus dgn sedikit air hingga air kurang/ daging cukup masak...)

Bahan dikisar bersama :-

  • secukupnya
  • Minyak masak 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1-2 batang serai

-----------------------

  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2-3 biji ubi kentang (potong empat)
  • 2 biji tomato (potong empat)
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris)
  • 2 tangkai cili merah (dihiris)
  • 1 tangkai daun kari Sedikit daun ketumbar
  • 1 keping kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji pelaga
  • 1/2 sk biji jintan putih
  • 1/2 sk biji jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 3 sb serbuk cili (boleh lebih/ kurang ikut suka...nak mix ngan sedikit serbuk kari daging pun ok)1 sk serbuk Garam Masala
  • 2 gelas air
  • Garam dan aji


Cara-cara memasaknya :-

  1. Panaskan minyak dlm kuali.
  2. Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.
  3. Masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.
  4. Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari.
  5. Kacau seketika dan masukkan tomato.
  6. Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi. Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih.
  7. Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala. Gaul sebati dan biarkan seketika.
  8. Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak.
Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api.
Mutton masala sedia dihidang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails