Translate

Monday, April 22, 2013

RED VELVET CAKE


Resepi ni I cedok dri blog Anna Qaseh..terima kasih di ucapkan kepada Anna dan dia kata bolih di sharekan, lagi skli terima kasih..saya pun ambik kesempatan to copy and paste ajer lah..u tanya I dh try ke belom..memang belum try..olih kerana my desktop is rosak dan terpaksa pakai lappy cenonet nii maka I copy and paste dulu sebelum lupa dan ilang ..
Klu ada yg dh try tuu..bagitau lah ya..

Ada dia bagi dua resepi Red Velvet disini so bolih cuba yang mana u suka..

Dah try first recipe..sedappp..

RESEPI RED VELVET CAKE -MOIST
Sumber : Nurul@Cakes2U
Red Velvet Cake by AnnaQawina.blogspot
Bahan-bahan
 
A:
  • 300 g tpg gandum
  • 2 camb serbuk koko
  • 2 camt baking powder
  • 1 camt soda bicarbonate
  • 1 camt garam
B:
  • 125 g mentega tawar*Ana guna buttercup
  • 280 g gula castor
C:
  • 2 biji telur (gred B)
D:
  • 1 camt esen vanilla
  • 1 camt cuka putih @cuka kurma
  • 1 camb pewarna merah
E:
  • 240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

 CARA-CARA:
  • Ayak (A)-ketepikan
  • Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  • Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  • Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  • Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.
  • Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
  • Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.
********************************************************************************************************************
********************************************************************************************************************

RESEPI RED VELVET CAKE- GEBU
Olahan : AnnaQawina

Bahan -bahan : 
  • 5 biji telur gred B@4 bj telur gred A
  • 250 gram mentega beku tanpa garam
  • *3 cawan tepung naik sendiri (Tepung gandum + 2 1/2 sdt baking powder)
  • *3 sudu makan serbuk koko
  • 2 cawan gula kastor
  • 2 sudu makan pewarna oil base
  • 1 cawan buttermilkkalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
  • 1 sudu teh garam- x letak
  • 1 sudu makan bicarbonate of soda @baking powder- Ana guna baking powder
  • 1 sudu makan cuka makan-Ana guna cuka kurma

BUTTERMILK:
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon  
 Cara :
  • Satukan semua bahan dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.

CARA-CARA:
  • 1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
  • 2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
  • 3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
  • 4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
  • 5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
  • 5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
  • 6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalam adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati guna senduk.
  • 7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

***********************************************************************
RESEPI KRIM CHEESE :
  • 500 grm whipping cream-brand VIVO
  • 250 grm cream Cheese-brand Phillidephea
  • 60 grm gula icing
  • 110 grm butter
  • 2 titik lemon paste
Cara -cara :
  • Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
  • Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
  • Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga  pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
  • Boleh digunakan untuk menghias kek anda

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails