Translate

Friday, May 14, 2010

Ikan Goreng Bersos Tomyam




1 siakap, dibersihkan - di salut kunyit and garam
1 inci halia, di cincang halus
3 biji tomato biji, di belah 6
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes tomyam
2 batang serai, di ketuk
2 biji bawang besar, di potong 6
Minyak untuk menggoreng ikan dan menumis
Garam dan gula secukup rasa

di blender kan
2 labu bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia

Goreng kan ikan tadi dalam minyak yang penuh. Dah siap di angkat dan masukkan pinggan yang agak dalam sikit.

Sambil ikan di goreng, dalam kuali lain tumis halia yg dicincang halus, tunggu sebentar dan masuk bahan yang diblender tadi. Biar hingga wangi dan masukkan serai yg telah diketuk tadi.

Masukkan sos tomato, sos tiram dan pes tomyam dan kacau hingga sebati. Biar mendidih sekejap. Masukkan tomato dan bawang yang telah di potong 6 tadi dan kacau lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Setelah pekat sikit, tuangkan sos ni ke atas ikan goreng yang telah siap digoreng tadi.

Makan panas dengan nasi putih..selamat mencuba

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails