Translate

Tuesday, October 19, 2010

Apam Dot Dot



Bahan-bahan (30 medium cupcake liners) :
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajua maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang sama warna sehingga ¾ penuh.
7. Untuk mendapatkan dot dot tu..ambil adunan dan warnakan dengan berlainan warna masukan dalam piping bag,potong hujung kecil je dan buatlah dot dot atas aduan tadi
kukus 15 hingga 20 min dengan api perlahan supaya tak merekah apam kita


Selamat mencuba and terima kasih Sis Lea for the resipi..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails