Translate

Saturday, May 11, 2013

NASI KABSA

Today was a lazy day for me...we have had fish , in particular, ikan kembong...dah berbagai-bagai resepi digunakan untuk memasaknya..this is because my hubby is away in Sungei Petani and he has gone to Kota Kuala Muda and bought fishes..the first time he brought the fishes back we were very excited but thereafter hahaha...dh xmo tgk another ikan kembung for a while..he was telling us in total he bought about 50 kg of ikan kembung..No wonder laaa....hehehe

Anyway, I have gone through my list of recipes and thought I'd try Kak Nor's recipe of Secubit Garam..x ler sama but I like the taste and also I buat ler adjustment according to apa yg ada d umah aja.

 Bahan-bahan:
1 ekor ayam ( potong 16 keping)
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan (6 pot beras biasa - di basuh dan toskan)
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar ( 2 biji buah tomato d kisar)
2 sudu tomato puri (x masuk xde stok)
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron) ( guna 1/2 sudu serbuk kunyit)
1 sudu besar rempah kabsa ***
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya ( xde tpi buh kulit limau kuning and 1 tsp perahan limau)
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

**
Ini Kak Nornyer catatan, utk sukatan air, setelah ayam masak, terdapat air dari ayam bercampur dgn rempah ratus tu jadi K.Nor kurangkan sukatan air sebanyak 3/4 cawan. Alhamdulillah elok jer nasi masak dan tak lembik tak juga keras. tapi kena ingat ya, sukatan air ni bergantung pada jenis beras yg digunakan.

*** HOMEMADE REMPAH KABSAH

Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.



Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.


Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails