Translate

Wednesday, April 4, 2012

DADIH COKLAT





Got these from nasyieen.blogspot.com..and I copied word by word from her blog, thanks..Made these for our tahlil at BIL's today to celebrate FIL's 86th birthday which falls on the 4th April..did not try it yet but looks good..cannot wait to try it..I have done minor amendments though to the recipe whch i have noted below..so happy this time it is separated as above..have done some other recipes and it just mixed together..

Bahan-bahan:
10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah) ( I add another 3 gm to the milk portion as I feel it is too soft)
1 liter susu segar biasa
1 liter susu segar berperisa coklat
1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula) 
1.2 liter air
1 sudu teh garam
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
1sudu teh coklat emulco
Cara-cara:
Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
Bahagi dua adunan agar td. Masukkan kembali 1 bahagian agar kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lg dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan coklat emulco.
Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras.
Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika.
Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan.
Sekiranya ada yg nak buat berperisa strawberry, bolehlah guna susu perisa strawberry atau pun boleh juga guna kedua2 susu fresh putih dan tambahkan pewarna merah dan strawberry emulco.

her notes:
 Satu kaedah lagi utk menghasilkan dadih coklat bagi yg bimbang jika ikut cara2 diatas menyebabkan rasa dadihnya terlebih manis(bg hb dan anak2 saya rasa manisnya sedang elok je). Setelah diikut step pertama, masukkan 2 liter susu segar (putih) kedalam periuk (tanpa menggunakan susu segar berperisa coklat). Kemudian bahagi 2 adunan dadih dan 1 bahagian itu dimasukkan 1sb coklat emulco. (diletakkan 1sb kerana aduanan asalnya berwarna putih sdgkan jika guna susu segar perisa coklat perlu letak 1st shj )

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails