Salam...sudah lama x buka blog ni...banyak yang tertunggak ..uhmmm anyway, masih sibuk but dalam kesibukan pun kena lah jugak update blog demi anak2..supaya saya x lupa mencatatkan resepi and happening harian ni..Resepi asal dari Plenty by Yotam Ottelenghi dan saya ambil dari blog The Patterned Plates..best jugak..vegetarian dish..saya dah ubah suai sikit untuk kegunaan saya..
Bahan2 nya:
8 pieces of firm, fresh tofu ( halved or quartered)
oil for frying
12 ulas bawang merah
9 ulas bawang putih
1.5 inci halia
1 sb lada hitam
1 sb sos soya manis
1 sb sos soya cair
1 sb sos soya pekat
sedikit daun bawang d potong 3cm
3 biji cili merah, d buang biji dan d racik halus
gula secukup rasa.
Cara2:
1. Panaskan minyak dan goreng tofu hingga kuning keemasan di permukaan nya, angkat dan ketepikan.
2. Bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam d blender kan sekali.
3.Tumis bahan yang d blender tadi hingga naik bau wangi.
4. Masukkan sos soya manis, sos soya cair dan sos soya pekat. Masukkan gula sedikit dan didihkan sebentar;
5. Masukkan tahu, dan cili potong tadi;
6 Gaul mesra dan biar kering sikit dan mauukkan potongan daun bawang sambil gaul.
7.Angkat dan hidang.
No comments:
Post a Comment