Translate

Monday, July 30, 2012

NASI KABSAH

Sooo very the sorry gambaq memang lah very kureng...but then again rushing to make it in time for the buka puasa is really a feat..got the resipi from blog Secubit Garam..I love Kak Nor's resipi sebab menjadi..thank you very much.


I ubah skit resepi sebab I buat untuk at least 8 people makan at berbuka and sahur jugak. Anyway,below resepi asal dia and I ubah the quantity to suit my large family. lain kali nak try buat the kabsa kambing lak..


NASI KABSA
resipi : ResipiRaidah
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 minit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa **
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya ~ k.nor tak letak
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

** Resipi home made rempah kabsa also I copy and paste from Kak Nor nyer blog jugak...tima kasih..


HOMEMADE REMPAH KABSA


Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.


Nasi ini di gabungkan dengan sos nya. Kami sekeluarga jugak suka makan nasi berkuah sikit. Nasi Arab selalu kan kering aja jadi saya masak Dalca Sayur seperti di bawah.


Resipi sos nya:


1 biji tomato ~ hiris 
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris

1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus 

Garam 

Gula 

Perahan lemon.


Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

**I hancur kan semua hehehe x dengar cakap..tapi I tambah sebiji tomato yg di dadu kecil dan daun ketumbar dihiris halus.



SELAMAT MENCUBA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails