Ni resepi sendiri yang arwah mak I masak kat umah..sebenarnya xde resepi yang tepat..dulu2 kita main masuk lah apa ada dalam fridge dan I kekalkan begitu juga. tpi di bawah I senaraikan bahan yang utama yang mesti ada for the dish.
1 kg, sotong yang dibasuh dan di potong kecik2
2 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
1 sudu teh lada hitam ( bolih tambah atau kurangkan )
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tomato
Gula dan garam secukupnya
2 biji tomato di belah 6
1 biji bawang besar dipotong bulat2
Daun bawang dipotong2
Caranya:
1. Blender bahan yang bertanda *
2. Tumis hingga wangi.
3. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan sos tomato, gaul sebati;
4. Masukkan lada hitam dan biar hingga sos nya mendidih;
5. Masukkan sotong, bawang besar dan tomato dan gaul sebati;
6. Masukkan garam secukupnya dan reneh dalam 5 minit sehingga sos pekat sikit dan diangkat.
No comments:
Post a Comment