Translate

Thursday, August 2, 2012

Karipap Pusing

 I have been saving a lot of recipes on the Karipap gulung and also the normal Karipap so I thought I will take time and try them out. These are nice and different. It looks small but really it is very filling.
 U can try them out and the recipe is from Noorsha of  Noorsha.blogspot.com. I copy and paste ajer lah di sini..Terimakasih to Noorsha kerana share resipi ini and kita harap the rest would appreciate the recipe.

RESEPI KARIPAP PUSING
Resepi : Noorsha

Bahan Inti Sardin & Kentang:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 hiris halia
5 biji cili padi @ 2 biji cili merah
sejemput udang kering
2 biji kentang -saiz besar
1 tin besar sardin 
1 pek kecil serbuk kari ikan
setangkai daun kari
sedikit air,garam,gula

Cara² Inti Sardin dan Kentang:
1. tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, cili dan udang kering hingga lumat.. nak blend pun boleh :)
2. tumis bahan tumbuk @ blend hingga garing...
3. satukan serbuk kari ikan bersama sedikit air dan jadikan pes. masukkan kedalam tumisan yang sudah garing tadi. kacau rata. tumis sekali lagi hingga garing semula.
4. masukkan sardin yang dihancurkan bersama sosnya sekali dan juga kentang kedalam tumisan.
5. masukkan sedikit air
6. perasakan dengan sedikit garam dan gula dan kacau hingga hampir kering.akhir sekali masukkan daun kari dan tunggu hingga benar² kering.

Bahan Doh Margerin:
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar margerin
Bahan Doh Minyak:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air sejuk
secubit garam

Cara² Doh Margerin:
satukan margerin dan tepung gandum. gaul sebati dan kepal²kan kepada 5 bulatan sama besar. ketepikan.

Cara² Doh Minyak:
satukan garam kedalam air sejuk, kacau sedikit hingga larut, masukkan kedalam aduann tepung beserta minyak. uli hingga rata. bahagikan kepada 5 bahagian bulatan sama besar. ketepikan. 



SELAMAT MENCUBA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails